Ketika bumi mencari sinar pagi,
Angin dingin bertiup menemani sepi,
lalu melazatkan simpulan dalam diri,
menyelimuti tidur di bawah pohon mimpi.
Azan berkumandang memecah keheningan,
demi menyahut suruhan dari Tuhan,
lalu ia menggerakkan hati-hati yang beriman,
menuju ke masjid kerana cintakan Tuhan.
Untungnya bagi orang yang menerima hidayahNya,
hidupnya sempurna seumpama kilauan permata,
hatinya ikhlas kerana Allah semata-mata,
tujuannya jelas kerana dunia ini hanya sementara.
Alangkah ruginya bagi kami yang hina,
subuhnya hilang ditenggelami selimut dosa,
hidupnya bagai jasad tidak bermakna,
kerana mata yang celik dipejam lagi.
Antara kelebihan solat subuh berjemaah
Ganjaran pahala solat subuh mengatasi segala keindahan di dunia sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. lebih lagi apabila dilakukan dengan solat secara berjemaah:
"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak."
(Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
Selain itu, kaum kafir juga takutkan orang Islam yang sentiasa menjaga solat subuhnya kerana ia menjadi lambang kekuatan umat Islam.
"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)





0 comments:
Post a Comment