Friday, January 7, 2011

Debaran persiapan peperiksaan



Debaran peperiksaan kian terasa. Dahulu, masa yang terluang dibiarkan berlalu begitu sahaja, kini kita mengejar kembali setiap saat yang mendatang. Kiri, kanan, depan dan belakang, semuanya dipenuhi dengan buku. Degupan jantung pula kian laju hingga peluh membasahi baju kerana bahang musim peperiksaan. Begitulah manusia, sering sekali melupakan satu nikmat ini iaitu kelapangan masa.

Namun, masa tidak boleh diputar kembali. Kita harus fokus kearah masa hadapan yang lebih bermakna. Manusia tidak akan menjadikan kejatuhan untuk kali kedua. Jadikan hari yang telah berlalu sebagai guru untuk mengajar kita erti kenikmatan bersyukur kerana kelapangan masa. Ayuh, kita mempersiapakan segala persiapan kita dalam menuju peperiksaan yang bakal datang.

Langkah persiapan semula untuk peperiksaan yang akan datang: 

1) Memperbaharui semula niat kita.

“Katakanlah sesungguhnya solatku,ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan seluruh alam” 

Niat merupakan asas yang penting dalam sebuah amalan. Andai niat kita sudah terpesong dari landasan yang sebenar, cepat-cepatlah beristighfar dan perbaharuilah semula niat kita. Kerana boleh jadi, kesilapan niat kita itu nanti, boleh mendorong kita kepada tipu daya dunia. Oleh itu, jadikan seluruh amalan kita untuk belajar kerana Allah swt, nescaya segala usaha kita menjadi ibadah di sisiNya.

2) Kunci kepada segala kesusutan semasa belajar

Setiap perjuangan tentu ada sebuah kesulitan. Dan tiada kunci yang mampu meleraikan segala kekusutan ikatan itu melainkan dengan kunci kesabaran. Bersabarlah wahai sahabat ku kerana sabar itu boleh mendidik jiwa menjadi lebih tenang walau dugaan datang silih berganti menimpa kita. Sesungguhnya, setiap buah kesabaran itu pasti ada ganjaran pahala dari Allah kepada kita semua.

3) Bertawakal kepada Allah

Usah kita merasa tertekan dengan setiap tekanan yang dihadapi kerana itu lah lumrah semula jadi kehidupan di bumi. Dengan sifat Maha Penyayang, Allah telah memberi kita satu petua untuk kita mengubah segala kesulitan ketika persiapan peperiksaan menjadi benar-benar senang iaitu dengan bertawakal kepada Nya.

Allah menyebut:

“Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah ,nescaya Dia Akan membukakan jalan keluar baginya”

Oleh itu, jadilah orang-orang yang pintar untuk bertawakal kepadaNya kerana hanya orang yang bodoh sombong sahaja yang enggan menerima keputusan yang cemerlang.


Dari Umar r.a., katanya: "Saya mendenga rRasulullah s.a.w. bersabda:
"Andai kata engkau sekalian itu suka bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakkal, nescayalah Dia akan memberikan rezeki padamu sekalian sebagaimana Dia memberikan rezeki kepada burung. Pagi-pagi burung-burung berperut kosong dan petang kembali dengan perut penuh berisi.”


Semoga, kita dikurniakan keputusan yang cemerlang nanti, InsyaAllah.. Berdoa, berusaha dan bertawakal. Amin..

Selamat menjalani ibadah peperiksaan =)

2 comments:

Kadang-kala kita mengejar sesuatu yg tak pasti..

hingga terlupa 'exam' sebenar itu sudah hampir...

Exam dunia ini hanya 'mini exam' saja bukan?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More