Share Motivasi 2012

Welcome to Share Motivasi

Peta perjalanan kehidupan manusia

http://www.sharemotivasi.com/2010/08/perjalanan-peta-hidup-manusia.html

http://www.facebook.com/sharemotivasi

Fans page Facebook Share Motivasi 2012

Kini di Share Motivasi

Share Motivasi 2012.

This is default featured post 5 title

Share Motivasi 2012

Tuesday, March 30, 2010

motivasi Islam: title orang soleh




Alangkah beruntungnya jika kita menggunakan umur panjang yang dikurniakan dengan melakukan kebajikan dan amal soleh tanpa merasa terpaksa.

sabda Rasulullah SAW:

"sebaik-baik kamu ialah orang yang dianugerahi umur panjang dan baik pula amalannya."


Kita harus tahu, sekiranya umur kita yang panjang ini digunakan dengan melakukan amal soleh sebanyak yang mungkin, maka Allah SWT akan menaikkan darjat kita ke peringkat yang lebih mulia di sisi-Nya kerana perbuatan yang baik atau amal soleh boleh menghapuskan dosa-dosa yang kita pernah lakukan sebelum ini.

Walaupun kita dipenuhi dengan azam dan tekad untuk membuat perubahan yang positif dalam diri, kita tak boleh berasa terlalu yakin bahawa kita akan berjaya.. Sebenarnya, ada benda lebih dari situ, iaitu memohon pertolongan Allah SWT supaya kita diberikan petunjuk kearah usaha murni yang kita lakukan.

Umur merupakan pelaburan yang paling besar dan menguntungkan. Pelaburan ini yang menjadi asas modal untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

Kesemua ibadat-ibadat wajib mestilah kita utamakan dahulu dan JANGAN BERLENGAH. Segeralah melakukannya sebab sikap suka melengah lengah ni sikap orang yang negatif, yang gagal dalam hidup, sama seperti gagal dalam mendapatkan TITLE orang soleh. Jika dalam umur kita yang singkat ini sering kita buat penanguhan, kealpaan dan kelalaian, alangkah ruginya kita di hari pengiraan amal nanti.

ketika itu lah baru timbul kesal yang tidak terhitung, tapi penyesalan tu tiada gunanya lagi sebab hidup kita hanya sekali di dunia- mengulangi semula atau membaiki diri sekali lagi adalah mustahil ketika itu..

Bersungguh-sungguh lah untuk menjadi seorang yang soleh. InsyaAllah, Allah akan membantu anda..

"dan orang-orang yang bersungguh sungguh (berjuang untuk mencapai keredhaan Kami), nescaya akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami, Dan sesungguhnya Allah bersama orang -orang yang berbuat baik (beramal soleh)."
                         Al-Ankabut:69

winner versus loser

  • Winner akan selalu menjadi sebahagian daripada penyelesaian tetapi The Loser selalu menjadi sebahagian daripada masalah
  • The winner selalu ada program untuk dijalankan tetapi The loser akan selalu ada alasan
  • The winner berkata, " boleh saya tolong lakukan untuk awak." tetapi The loser akan selalu berkata, " ia bukan kerja saya."
  • The winner selalu nampak penyelesaian pada setiap permasalahan yang timbul tetapi The loser akan nampak masalah pada setiap jawapan.
  • The winner berkata," mungkin susah tetapi ia boleh diselesaikan." tetapi The loser berkata, " ia boleh diselesaikan tetapi sangat susah."
  • Apabila The winner membuat salah, dia berkata, " saya telah membuat kesilapan." tetapi The loser berkata " ia bukan salah saya". 
  •  Winner sebahagian daripada pasukan manakala loser jauh daripada pasukan
  • Winner melihat usaha tetapi loser melihat kepahitan
  • Winner nampak potensi yang ada tetapi loser melihat benda yang berlalu
  • Winner akan buat sesuatu akan terjadi tetapi loser akan membiarkan sesuatu akan terjadi. 

Monday, March 29, 2010

langkah kedua untuk ubah sikap



Kadang kala, kita akan merasai suka melengah lengah dalam sesuatu masa. Semua orang ada sifat tu. tapi kita tak boleh biarkan ia berlarutan sebab sikap suka melengah lengah boleh membawa sikap yang negatif.Mengapa??

Jika anda perhatikan, bila kita melengah lengah sesuatu pekerjaan, usaha yang perlu kita buat lebih banyak berbanding jika kita buat segera pekerjaan tu tanpa lengah. Bila berlengah lengah, anda menjadi cepat letih sebab mungkin banyak lagi benda anda kene buat, thus, anda menjadi kelam kabut.

A complete task is fulfilling and energizing while an incomplete task drains energy

Jika anda mahu membina dan mengekalkan sikap positif, buang sikap suka berlengah lengah dan ambil habit suka buat on time ( segera ).

when I become big bOy

Ada seorang budak kecil, selalu berkata, jika dia besar baru dia akan dapat merasi happy. Ditakdirkan, akhirnya dia menjadi dewasa. Kemudian, selepas dewasa, dia berkata dia kene tamat pengajiaan baru dapat merasai kegembiraan hidup. Dan selepas dia tamat pengajian, dia berkata lagi, dia akan merasai gembira dalam hidup bila mendapat pekerjaan pertamanya. Selepas mendapat pekerjaan yang diidamkan, dia merasakan belum gembira lagi sebab dia belum berkahwin. Setelah lama bertunggu, akhirnya dia berkawin juga dengan wanita pilihan nya. Bila dia sudah berkahwin, dia mahukan anak-anak baru dapat mengapai kegembiraan hidup yang sebenar. Kemudian, setelah mendapat cahaya mata,si lelaki ini tadi berkata, saya akan mendapat kegembiraan bila sudah pencen nanti. Dan selepas dia pencen, apa yang dia nampak?? Dia nampak hidupnya sudah berlalu di hadapan matanya.

Ada satu pasangan ini yang suka berlengah lengah berkata, "kami tengah bersedia untuk berkahwin". Sebulan selepas itu, mereka masih berkata " kami tengah bersedia lagi". Setahun kemudian, mereka masih lagi peringkat persediaan. Adakah mereka sedar yang mereka sedang mengalami satu penyakit " alasan"? Mereka masih beralasan pada setiap masa tanpa ada usaha untuk kahwin.

Terdapat pula sesetengah manusia yang praktik membuat sikap melengah lengah dengan menyembunyikan perkataan berlengah lengah disebalik perkataan yang bagus bunyinya.- " saya tengah menganalisa" dan 6 bulan selepasnya, dia masih lagi menganalisa. Mereka sebenarnya telah mengalami penyakit bernama
 " paralysis by analysis ".

Hidup kita bukannya raptai yang boleh di ulang semula waktu jika tersilap.
Dimanakah masa kita dan dimanakah kita sebenarnya?
Jawapannya ialah sekarang dan disini.
Gunakan ruang yang ada ini untuk memenuhi impian anda. At the same time, kita menabur benih yang baik untuk masa hadapan.

Jika kita ingin membina sikap positif, belajar menggunakan perkataan ini, "LAKUKAN SEKARANG", dan berhenti habit melengah lengah.

Perkataan yang paling sedih dalam hidup ialah:
  • " Ia mungkin akan..."
  • "Sepatutnya, saya mesti...."
  • " Aku harap akan ...."
  • "Jika aku diberi satu lagi peluang..."
Never leave till tomorrow, which you can do today 

Sunday, March 28, 2010

langkah pertama untuk ubah sikap



change focus, look for the positive

Anda perlu fokus benda yang positif dalam hidup. Mula untuk melihat hikmah atau kebaikan untuk setiap benda yang melanda dan kepada setiap individu lain instead daripada melihat keburukan dan kesalahan orang lain dan peristiwa. Tetapi ramai antara kita yang suka melihat kesalahan dan mencari salah orang lain sehingga kita lupa untuk mencari sinar kebaikan.

Saya ada satu kisah mengenai seorang budak bernama Andrew. Dia datang dari Scotland ke Amerika pada usia muda. Bermula dari melakukan kerja-kerja biasa sahaja dan last sekali, akhirnya dia memiliki kilang terbesar pembuatan besi di Amerika. Suatu hari, ada orang bertanya padanya, bagaimana beliau  berurusan dengan pekerja-pekerjanya yang ramai. Andrew menjawab, " Berurusan dengan manusia sama seperti kita menggali emas. Bila kita mengali untuk mencari satu ounce emas, kita perlu membuang bertan-tan tanah dan kotoran. TETAPI, bila kita mengali emas, kita tak perlu lihat pada tanah dan kotoran yang ada, tapi kita perlu fokus melihat pada emas."

Kata-kata Andrew sangat menarik. Walaupun dalam diri seseorang atau situasi yang rumit itu nampak kabur, tetapi ada satu benda positif dan kebaikan dalam setiap diri individu dan pada setiap situasi. Kita perlu menggali lebih dalam untuk melihat sesuatu yang positif.

if we always looking what is wrong with people or with things, we will find many faults..


Orang yang berfikiran negatif akan selalu mengkritik.

Sesetengah manusia akan selalu melihat kepada negatif. Tak kira lah walau macam mana pun sesuatu benda itu berjaya dilaksanakan, pasti orang-orang sebegini akan mengkritik. Mereka telah membina kareer mereka sebagai pengkritik kehidupan. Mereka-mereka ini akan bergerak kesetiap tempat untuk mengkritik dan mencari kesalahan orang lain dan setiap keadaan.

Ada seorang pemburu yang mempunyai anjing pemburu yang ajaib. Satu-satunya anjing yang mampu untuk berjalan di atas air. Pemburu tersebut selalu memperlihatkan kehebatan anjingnya untuk memburu pada kawan-kawannya. Suatu hari, si pemburu ini mengajak seorang kawannya memburu itik. Kemudian, setiap kali ternampak itik di tasik, si anjing ini akan meluru kearah itik sambil berjalan di atas air. Si pemburu ini menyangka kawannya pasti akan memberi komen yang seeokor anjingnya yang hebat tetapi ternyata, kawannya itu hanya diam membisu. Bila ditanya mengenai kehebatan anjing mampu berjalan diatas air, dengan ringkas kawan pemburu itu menjawab, " aku menjumpai sesuatu yang aneh pada anjing kamu, sebab anjing tu tak boleh berenang."

Be an optimist 

Semua orang boleh menjadi optimis. Be so strong that nothing can disturb your peace of mind. Talk health,happiness and prosperity to every person you meet. 
Jadikan semua sahabat anda merasakan anda menghargai mereka.
Think only of the best, work only for the best, and expect only the best.

Lupakan kesilapan anda yang dahulu dan tekankan pada pencapaian yang terbaik pada masa hadapan 




Kita sangat bertuah




Baru sahaja saya mengemas note-note pengajian dahulu, teringat memori duka dan suka dahulu..Sedang membelek note-note tu, tiba-tiba pintu rumah saya diketuk.. Rupa-rupanya, ada seorang budak belasan tahun ingin menghantar barang yang saya pesan.. Kecil je tubuhnya, tapi kuat bekerja..

kalau suasana di India memang begini, kalau kaya, kaya betul. Kalau miskin, memang miskin betul, jarang nampak orang yang hidup dalam golongan sederhana.. Peminta sedekah tidak terbilang, kat mana-mana sahaja ada.. Sedih memang terasa di hati, apatah lagi melihat anak kecik yang sepatutnya pergi ke sekolah tetapi sedang memungut sampah di jalanan untuk dijual bagi sesuap nasi. Pilu..

Semasa on the way ke kedai di pekan jalan B.E.L road tadi, ternampak seorang budak kecil, betul-betul mengutip kertas di tepi jalan sambil sebelah tangannya membawa sekarung guni.. Kalau waktu petang begini, pasti kanak-kanak di Malaysia sedang sakan bermain di padang. Jarang kita nampak budak umur 8 tahun pergi bekerja di Malaysia.

Terdetik di hati saya, kita sangat bertuah, masih ada kemampuan dari segi kewangan untuk hidup. Parent masih lagi mampu menyara. Alangkah beruntungnya kita.

Kita tidak perlukan buku untuk memotivasikan diri, cukup sekadar anda melihat sekeliling, menjenguk keadaan yang melanda, pasti anda menemui sentuhan motivasi..

Friday, March 26, 2010

Antara sikap dengan kejayaan..


Ada seorang lelaki yang hidup nya bekerja sebagai penjual belon di funfair. setiap hari, jika jualan belonnya kurang, dia akan melepaskan satu belon helium so that bila belon tu naik atas, semua kanak-kanak mahukan satu juga dan jualan belon akan meningkat. Suatu hari, bila jualan belonnya berkurangan, dia melepaskan satu belon merah. tiba-tiba jaketnya ditarik dari bawah..Bila dia pandang kebawah, terlihat seorang budak lelaki.
Budak kecil tu bertanya,"kalau pakcik lepaskan belon merah yang lagi satu tu, adakah ia akan terbang ke langit juga?" Dengan ringkas pakcik belon tu menjawab," adik, ia bukan sebab warna belon tu membuatkan ia akan terbang, tapi apa yan terkandung di dalam belon tersebut yang membuatkan ia terbang ke langit."

Dari cerita diatas, prinsip yang sama juga boleh di kaitkan dalam hidup kita. Apa yang terkandung di dalam belon tersebut yang boleh buat ia terbang keatas? Dan apa yang terkandung dalam diri kita yang boleh buat diri kita berjaya ialah sikap kita.

The greatest discovery of my generation is that human beings can alter their lives by altering their attitudes of mind

Satu kajian di Harvard University mengatakan 85% orang berjaya mendapat pekerjaan adalah disebabkan oleh sikap mereka dan hanya 15% disebabkan kecerdikan dan pengetahuan fakta.. terkejut bukan???

Asas kepada kejayaan anda ialah sikap anda sendiri.. Cuba kita bertanya pada diri kita sendiri, adakah sikap kita ini positif? dan adakah sikap kita akan memberi kesan kepada cita-cita kita?

sikap kita yang menentukan apa yang kita mahu. kepada orang yang berfikiran positif, ia adalah satu batu loncatan untuk berjaya dan kepada orang yang berfikiran negatif, ia adalah satu blok halangan kepada dunia hadapan.=)

Di dalam buku Think and Grow Rich, karya Napoleon Hill, mengatakan setiap masalah yang timbul datang dengan peluang yang baik yang sama atau lebih baik daripada masalah..


Pernah tak kita melihat mengapa ada some individu, organisasi, atau negara lebih berjaya berbanding yang lain? Sebenarnya, takde pun rahsia untuk mereka tapi mereka telah buat satu benda. Melabur dalam satu asset yang sangat berguna iaitu MANUSIA. Bila mereka mengubah sikap manusia, akhirnya manusia yang terbaik akan dilahirkan.

People can be your biggest asset

Bagaimana kita nak kenal pasti orang yang mempunyai sikap positif ?

Orang yang mempunyai sikap positif sangat senang nak dikenal pasti. Mereka seorang penyayang, confident, sabar and rendah diri. Mereka ada high expectations of themselves and others.

Bila kita tahu kita mempunyai sikap yang negatif, mengapa kita tidak mahu berubah?


Manusia selalunya susah untuk berubah kerana perubahan yang mereka alami sangat tak selesa.. Tak kira lah jika ia perubahan positif atau negatif, setiap perubahan selalunya sangat stressful. 
kadang kala, kita rasa senang dengan sikap negatif kita dan bila kita nak berubah menjadi lebih baik, kita tak dapat menerima kenyataan..hasilnya, kita tetap dengan sikap negatif kita.


Saya ada satu cerita, mengenai banduan di penjara yang telah lama tinggal didalam lokap. Selepas di lepasakan ke dunia luar ( tamat tempoh ) , dia melihat dunia luar sangat tak selesa dan banduan ini tadi meminta dirinya dipenjarakan semula. Bagi banduan tersebut, palang-palang besi dan kegelapan sangat serasi dengan dia, rasa selamat dan selesa berbanding menerima dunia luar yang bebas. Banduan tersebut tak dapat menerima kenyataan positif bahawa dia telah tamat tempoh dipenjara. 


Jika semasa hidup kita bersikap negatif, hidup kita sendiri akan terhalang, tak bebas seperti burung di angkasa. Kejayaan yang kita mahu semuanya terencat. 


Apa kata, bermula saat ini, kita cuba berubah, sedikti demi sedikit, insyaAllah, next artikel saya nanti akan saya  tulis bagaimana untuk bina sikap yang baik..=)

Thursday, March 25, 2010

formula menarik untuk membuat keputusan



dont play for safety because it is most dangerous thing in your life~ sharemotivasi

saya ada satu formula untuk tahu ia adalah suatu keputusan yang sesuai atau tidak..

jika anda rasa jalan yang anda ingin ambil itu membuatkan anda rasa bersemangat dan banyak cabaran, insyaAllah itu adalah keputusan yang tepat..

mengapa saya katakan begitu?

sebab, jika jalan yang anda ingin ambil itu hanya membuatkan anda semangat tapi tiada cabaran yang bakal ditempuhi, nanti anda sentiasa dalam keadaan selamat dan mungkin anda tidak akan maju jika tiada rintangan.

jika jalan yang anda ingin lalui itu cuma ada cabaran pun tak boleh juga sebab anda tidak akan bergerak kerana tak ada power semangat..mengapa perlu kita susah-susah untuk berjalan tetapi tak tau apa yang kita mahukan.

tetapi jika jalan yang anda ingin lalui itu mempunyai kedua-dua element tersebut ( bersemangat dan cabaran),
ia akan membuat diri anda umpama roket..-laju dan ingin mengenai sasaran (matlamat)

selamat berjaya~

Wednesday, March 24, 2010

mana satu lebih berharga




one day, saya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, tapi lagi 10 minit nak check in di airport. Tiba-tiba hati jadi risau terlepas penerbangan.. memang gemuruh..
pada masa yang sama, saya terfikir, mana satu lebih berharga, kehilangan sebuah penerbangan atau rasa happy dalam diri pada ketika itu..lalu saya buka tingkap kereta, mengirup udara segar sambil berdoa agar tidak berlaku sebarang kesulitan..

dengan mengingati Nya, hati kita akan menjadi senang

sedar tak sedar, dari hati yang risau tadi terus menjadi tenang..jika terlepas penerbangan pun, insyaAllah ada hikmah disebalik itu dan boleh beli semula tiket, tetapi HARGA sebuah kedamaian dihati tidak boleh diukur dengan wang..

sebaliknya, jika kita menghadapi sebarang kesulitan, panjatkan doa kita kepadaNya, tenangkan hati anda dengan mengingatiNya, insyaAllah semua akan menjadi mudah dan tenang..

kalau kita melihat cerita diatas, nampak sangat hidup kita sebenarnya terlalu bergantung kepada benda.. kita telah meletakkan nilai yang terlalu berharga keatas sesuatu benda (cth tiket flight tadi) berbanding dengan ketenangan di dalam hati..mana satu lebih berharga, benda atau ketenangan?

dulu, masa saya pergi ke suatu tempat, saya letakkan semua barang penting saya (passport, dompet, handphone, resident permit India) ke dalam beg kecil saya..suatu ketika, ketika orang gaji tengah mengemas rumah saya, saya dapati beg tu hilang.. cuak sangat ketika tu sebab benda tu "hidup" saya di India.. masa tengah panik, kawan saya menyapa dan berkata bahawa beg tu dia letak pada tempat yang selamat, takut orang gaji India curi.. Bila dengar, baru hati saya jadi lega..

Then saya fikir balik, dulu saya terlalu takut kehilangan barang-barang tersebut sebab saya dah set kan dalam mind benda tu "hidup" saya di India padahal semua benda tu kalau hilang boleh diganti, tetapi waktu ketenangan dan happy pada ketika tu tak boleh diganti.. betul tak?

moral of story:
  • yakin pada diri sendiri dan pertolongan Allah dengan setiap situasi yang akan berlaku samada buruk dan sebaliknya
  • jangan terlalu panik sebab bila dah panik, semua jadi lebih bermasalah sebab otak kita dah kene lock dengan perasaan kita.
  • jadikan ketenangan sebagai no 1 berbanding dengan harta benda sebab bila hati tenang, segala masalah yang timbul PASTI dapat mudah diselesaikan berbanding dengan perasaan panik.


bermula dari sekadar impian,dari impian menjadi realiti

Monday, March 22, 2010

resepi motivasi kedua



keputusan??
mesti susah kan nak buat..betul tak..

tetapi anda mesti ingat,
hidup kita bergantung kepada keputusan kita dan kita mesti juga buat keputusan.
even kalau nak makan pun kita mesti buat keputusan kan..ye tak?

ada satu tips untuk anda.
lebih baik buat keputusan daripada langsung tak buat keputusan.
sebab, kalau kita tak buat langsung keputusan untuk sesuatu perkara, kita takkan bergerak kemana-mana.
TAPI, jika kita buat keputusan dan ditakdirkan keputusan yang kita buat itu salah, ia lebih baik untuk anda..
anda dapat belajar dari kesilapan yang anda buat dan dapat membetulkan balik keputusan yang anda telah buat..

kita hidup berdasarkan pemilihan kita..jadikan setiap keputusan yang anda buat itu kukuh, yakin pada diri sendiri dan sentiasa meminta petunjuk dariNya..insyaAllah

make a stand for your truth and your truth will make a stand for you


bermula dari sekadar impian, dari impian menjadi realiti
(sharemotivasi)

Allah adalah segala-galanya



jika anda ingin keluar dari kegelapan, 
bukalah hati,dan
hulurkan tangan anda menadah doa kepadaNya,
nescaya Allah sentiasa bersamamu...

tiada yang lebih berkuasa selain dariNya..jika anda susah sekarang, kuatkan hati anda tentang pertolonganNya.
dan jika anda senang sekarang, sujud syukur lah kepadaNya..

Allah mempunyai banyak rahsia


mungkin hari ini kita dibawah, tapi tak mustahil 5 minit lagi kita diatas.
Allah mempunyai banyak rahsia mengenai kita, semuanya yang terbaik untuk kita.
jadi, mengapa perlu kita lari dari pertolangan Nya???
dan kenapa orang selalu mengingati kita supaya meminta doa kepada Nya???
KENAPA??

kerna Allah itu adalah segala-galanya. Dia adalah Tuhan sekalian alam.
tidak ada satu pun terlepas dari pandanganNya.

sedih gembira di hati kita tidak sapa pun yang tahu tapi Allah mengetahui.
mungkin kita rasa malas untuk berdoa tapi Allah berkata berdoa lah dimana sahaja, nescaya akan dimakbulkan..
maksudnya, kalau kita malas untuk mengangkat tangan, doa lah dalam hati walaupun ketika itu iman sudah jatuh di pelusuk mimpi dunia..berdoalah agar keluar dari kegelapan..
Allah sangat sayang kepada anda..sedih hati Nya jika anda jauh dari Nya..
Dia sangat penyayang, sayang sangat kat anda..
walau anda buat alpa dan silap, Dia sanggup maafkan..
sedih kan kalau kita diberi peluang dari Nya, TAPI kita tak nak guna..=(

Allah adalah segala-galanya, JOM BERDOA..
insyaAllah, Allah akan tunjukkan jalan kepada kita..
amin~

Sunday, March 21, 2010

lakukan sekarang!!


dalam dunia nie, ada 2 benda kita selalu alpa

  • tak pernah bermula
  • tak pernah menghabiskannya
saya ada satu contoh menarik:

Abu ada satu syarikat pembinaan dan dalam proses pembincangan untuk melaksanakan sebuah kondo.
dah banyak kali Abu plan dan berbincang dengan pekerjanya, tapi takde hasilnya..(sehinggakan berbulan-bulan).
last sekali, ada seorang pemegang saham syarikat Abu terus amik tindakan gi lawat tapak projek dan mencakul beberapa kali..
baginya, kalau kita nak tunggu semua sempurna, sampai bila-bila pun kondo takkan siap..

moral cerita:

kalau kita nak tunggu semua sempurna dahulu baru boleh bergerak mengejar matlamat, memang sampai bila-bila takkan berjaya.
jadi, gerakkan usaha kita. apabila kita dah mengerakkan usaha kita, baru kita boleh capai arah kesempurnaan..=)

bermula dari sekadar impian, dari impian menjadi realiti..

Friday, March 19, 2010

resepi pertama untuk berfikiran positif


kejayaan hanya menunggu pada orang yang betul-betul mahu pusingkan badannya kehadapan dan bergerak menuju cita-cita

resepi selepas gagal:

  1. lupakan yang dahulu tapi ambil hikmahnya
  2. bina dunia baru dan matlamat 
  3. jangan toleh belakang lagi
  4. jangan kesali apa yang berlaku
bila anda sudah bina matlamat baru dan dunia baru, perkara yang dah berlalu takkan menghantui anda lagi (walau apa pun berlaku dahulu). percayalah..dunia baru akan buat anda jadi manusia baru ( tak sama lagi mcm dahulu)..serta dunia baru nie anda belum alami lagi mahupun kembara lagi. jadi, ambil peluang ni untuk ceburkan diri dengan persekitaran baru.. insyaAllah, tapak baru yang anda bina ini nanti menjadi pemulaan untuk anda berjaya..

I pray to start over. no matter what has happened, I am willing to let today be new. thank you for the chance to begin again.

Thursday, March 18, 2010

cara minda separa sedar kita berfungsi


how our mind work

kita ada 2 jenis minda, minda separa sedar dan minda sedar, tapi kita bukan ada 2 minda tetapi dalam satu minda, terbentuk 2 jenis bahagian..

dalam minda separa sedar, terbentuk semua jawapan yang kita ada, tapi kita mesti ingat, minda separa sedar kita tak tau yang dia ada jawapan untuk segalanya, so menjadi tanggungjawab kita untuk memberi persoalan kepada minda kita agar minda separa sedar kita dapat memberi jawapan yang baik..

bila kita fikir jahat, nanti perbuatan yang jahat menanti kita. tapi bila kita fikir secara baik, insyaallah hasil yang datang juga baik..

minda separa sedar ibarat tanah yang subur, cuma kita je yang memilih untuk bagi bijih benih baik atau buruk..minda separa sedar kita amat sensitif kepada minda sedar kita. apa yang kita fikir, itulah yang akan terbentuk di minda separa sedar kita..

sedar tak sedar, kita dah banyak dipengaruhi dengan budaya negatif, pemikiran yang negatif..contohnya:


  1. aku tak boleh.
  2. habislah aku..
  3. susahnya nak jawab soalan nie..
dan juga ibu bapa juga banyak mencorakkan pemikiran negatif anak-anak..contohnya"

  1. along tak kan boleh buat 
  2. jangan buat, nanti rosak basikal tu..
bila kita berfikir secara negatif, hasil nya kita dapat benda yang negatif juga.
saya ada satu contoh, seorang ayah berkata, kalau anak aku sihat daripada sakit kulitnya, akan ku beri tangan ku ini...nak taw apa yang terjadi? last2, family tersebut kemalangan, akibat dari kemalangan tu, kulit anaknya sembuh dan tangan ayah nya hilang..nampak tak kesan dari pemikiran negatif?

minda separa sedar tak tau yang kita fikir tu negatif atau positif. ia akan amik bulat-bulat tentang apa yang kita fikir.contohnya, dalam kapal laut, si kaptain kapal berkata kpd anak buahnya, mengapa mukanya pucat, terkene mabuk laut ke..masa tu, sudah tentu, anak buah dia mula rasa panik dan terus pucat muka sebab anak buah tersebut tak ada semangat untuk menakis pemikiran negatif..hakikat sebenarnya, anak buah tu tak mabuk laut pun, mungkin suasana buat dia pening sedikit..

disini, penting untuk kita ada pendirian yang kuat untuk menakis serangan tanggapan negatif..=)

jadi, kawal lah minda kita untuk jadi positif,insyaAllah hidup kita sentiasa positif

Wednesday, March 17, 2010

pengalaman di ICU 2 hari




salam semua..rasa lama sudah tak update blog..maaf, saya dimasukkan ke ICU sejak beberapa hari ni.. disebabkan allergic ubat anti histamine,,..

masa di ICU, macam macam terjadi, baru saya sedar, mengingati kematian adalah sumber motivasi yang sebenar..masa tu la, kita nk taubat dan sebagai nya..

dengan mengingati mati juga, dapat membersihkan diri kita..=)

semoga kita ditempatkan di hati-hati org yg menerima hidayah..amin..

Friday, March 12, 2010

tips kejayaan dari al-quran


"sesiapa yang bertawakal kepada Tuhan maka Tuhan mencukupkan keperluannya" 
                                                                                                              At Talaq,3

"sesungguhnya Tuhan mengasihi mereka yang bertawakal." 
                                                                  surah Al Imran, 159

untuk mengapai sebuah kecermelangan, setiap usaha yang kita lakukan perlulah bertawakal kepada Tuhan.. kita yakin dan bergantung sepenuhnya kepada Nya.

semua yang berlaku di sekeliling adalah dengan keizinanNya. begitu juga dengan usaha kita..semua usaha yang kita lakukan atas izin Nya..

kalau kita nak membuka buku pun atas izinNya, jika Dia tidak mengizinkannya, pasti ada sesuatu yang lain akan berlaku..contohnya: tertido depan buku..=)

semua tawakal kita perlukan usaha

kita mesti yakin dengan Nya..jika kita menyakini dengan janji-janji Allah, hati kita akan dipenuhi dengan tawakal, dan dengan itu lah, ketenangan dan kecemerlangan menjelma

Imam Tirmizi menyatakan bahawa nabi pernah berkata, 
"jika kamu bertawakal kepada tuhan dengan dengan sebenar-benar tawakal kamu akan dikurniakan rezeki sebagaimana burung-burung  dikurniakan rezeki, berpagi-pagi ia keluar dengan perut kosong, dan berpetang-petang ia kembali kekenyangan."

result SPM yang baru keluar. apa yang perlu kita buat?

mula-mula sekali, ucapkan alhamdulillah kerana Allah beri kita kesempatan lagi untuk terus hidup dimuka bumi ini. kepada yang berjaya, tahniah diucapkan..dan kepada mereka yang kurang berjaya, cuba lagi=)

Gagal bukan penamat, kejayaan tidak berhenti

jika kita gagal kali ni, bukan bermakna kita tak berjaya..cuma belum ada rezeki..tidak mengapa, ada banyak lagi peluang..mungkin apa yang anda lalui kali ni adalah yang terbaik untuk anda, ada sesuatu yang indah sedang menanti anda dihadapan sana..=)

insyaAllah, Allah akan memberi yang terbaik untuk kejayaan kita semua..mungkin kita rasa sedih dengan apa yang berlaku, tapi percayalah semua ini adalah terbaik untuk anda..Belajar untuk menerima dan kita pasti akan berjaya suatu hari nanti..


Thursday, March 11, 2010

definisi dan prinsip minda separa sedar

Jika kita mahu aplikasikan fizik dalam kehidupan, kita mesti faham prinsipnya..begitu juga dengan minda separa sedaar, jika kita ingin menggunakan kuasa minda separa sedar, kita mesti tahu prinsipnya..


the conscious and the subconscious minds

cara yang paling best untuk mengenali 2 fungsi di atas ialah fikirkannya minda kita sebagai kebun..
Dan kita pula sebagai petani..

setiap hari kita menanam benih dalam minda separa sedar tapi kebanyakan dari kita tak sedar yang kita dah banyak menanam benih sebab benih itu bergantung kepada apa yang kita fikirkan..

kemudian, kita bayangkan minda separa sedar kita seperti satu kebun tanah yang sangat subur that will help all kinds of seeds to sprout and flourish,whether good or bad..

jika kita letak benih pokok buah sedih, adakah nanti kita akan dapat pokok yang menghasilkan buah happy?

setiap apa yang kita fikirkan adalah punca berlakukan pelbagai peristiwa..

this is the reason kenapa kita perlu berhati-hati setiap buah pemikiran kita ( our thoughts )..
begin from now, kita tanamkan pemikiran yang happy, aman, right action, goodwill and prosperity.. 
continue to plant these wonderful seeds of thought in the garden of your mind and you will reap a glorious harvest..dan anda akan rasai suatu power dalam badan anda..=)

Bila kita sudah mengawal proses pemikiran kita, kita boleh apply kuasa minda separa sedar kita kepada setiap masalah dan rintangan yang kita hadapi..insyaallah, ia dapat membantu anda untuk menyelesaikan masalah..

cuba kita lihat sekeliling, majoriti antara kita hanya menggunakan "dunia luar"
tapi kalau kita melihat orang-orang yang sudah berjaya, mereka semuanya  tahu menggunakan "dunia dalaman" sebab mereka tahu dunia dalaman yang membentuk dunia luar.

segala yang ada di dunia luar terbentuk hasil daripada inner world di minda kita

once kita tahu menggunakan interaksi antara minda sedar dan separa sedar, anda mampu mengubah hidup anda menjadi lebih baik..

ramai antara kita yang ada masalah, betul tak? tapi mostly semuanya hanya mencari jalan penyelesaian tentang masalah sahaja..
semua ni hanya membuang masa dan tenaga..mereka gagal untuk mencari punca kepada terjadinya masalah tersebut..
untuk menyelesaikan segala masalah, kita mesti buangkan punca masalah tu...

tapi kat mana nk cari???

jawapan: puncanya ialah cara kita guna minda sedar kita, cara kita berfikir dan gambaran kita terhadap sesuatu masalah..

change the cause and you change the effect.. it is just that simple




Wednesday, March 10, 2010

motivasi medic: until the end of time


gagal? susah? tak cukup masa? semua benda ada kalo sebut saje pasal study medic..
banyak benda boleh list if kita asyik mengeluh.. kadang-kadang, saya melihat, baru sahaja jejak langkah kedunia kedoktoran, sudah ada orang dah rasa menyesal, rugi dan sebagainya..tapi ada juga yang betul-betul semangat, rasa teruja untuk bergelar Doktor..

ditempat saya mengambil masa 5.5 tahun untuk memegang m.b.b.s..lama kan kalau dibandingkan dengan bidang lain..

saya akui, dalam dunia medic, tidak ada istilah senang dan tiada juga istilah "free time"..
rutin harian setiap hari, pergi kuliah dan study..rata-rata semua nya tidur tak cukup..betul tak?

namun, sejauh mana kita mampu bertahan until the end of time ?

dan untuk kita berjaya, tak semestinya laluan itu selalunya cerah..
saya nak berkongsi sedikit pengalaman saya suatu ketika dahulu..semua bermula dari alam tahun pertama pengajian..

banyak pahit getir yang saya tempuhi, susah senang, cemuhan dan kritikan yang diberikan kepada saya..
pernah dahulu saya gagal dalam exam medic (sebelum saya membina blog sharemotivasi ini), macam-macam dugaan yang saya lalui..hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sedih ketika waktu tu..

sudah jatuh, ditimpa tangga

saya suka perpatah diatas, ada kene mengenai dalam kisah hidup saya di dunia medic ni..
waktu tahap emosi saya terganggu selepas mendapat result exam, tiba-tiba saya dikejutkan lagi dengan satu dugaan yang tak disangka-sangka lagi.. each paper yang kene supplement kene charge RM 2000.. plus dengan segala tipu muslihat manusia..

jumlah denda dan yuran tu terlalu tinggi bagi seorang manusia bergelar pelajar..tapi kita tak boleh kalah dengan dugaan yang menimpa..
saya yakin bahawa apa yang saya bakal lalui ini kelak adalah suatu dugaan dari Allah kepada saya untuk melihat kecekalan hati meneruskan bidang medic ini..

Allah tidak akan menurunkan suatu dugaan jika hambaNya tidak mampu memikul beban tersebut


hari terus berlalu, dan akhirnya, alhamdulillah, berbekalkan ketabahan dalam hati, hari yang dahulunya nampak usang diawangan, kini dah nampak sinar kecerahan langit ilahi..


dugaan itu proses pembaikan

tidak ada benda yang diturunkan oleh Allah itu sia-sia..
mungkin dihadapana mata kita melihat ianya hitam,
tapi sebenarnya ia putih di masa akan datang,,


usah bersedih jika dikenakan dugaan kerana Allah itu Maha Mengetahui apa yang sudah berlaku, sedang berlaku dan bakal berlaku..akal fikiran kita amat limited dan terbatas mengenai alam ghaib..
pohonlah padaNya, nescaya Dia tidak pernah mengecewakan kalian..

selepas pelbagai dugaan yang saya harungi, syukur kepada Allah kerna Dia mengurniakan lebih baik dari apa sebelumnya..
mungkin dahulu saya tidak langsung tahu menahu mengenai motivasi, dan selepas kegagalan saya itu, akhirnya saya ingin berkongsi cerita motivasi untuk sama-sama kita teladani..

ingat, jika anda rasa sukar di dunia medic dan mana-mana bidang yang lain, jangan khuatir kerana pertolongan Allah sentiasa bersama anda semua..


Tuesday, March 9, 2010

Nak tahu satu benda?

dalam sukan golf, ada satu peraturan yang unik, iaitu kita tak boleh sentuh bola golf selepas kita membuat pukulan..di pendekkan cerita, suatu hari, si Ahmad membuat pukulan pertama lalu bola tu menuju ke satu tempat..nk tahu tempat tu?


bola yang dipukul oleh Ahmad tersasar jauh dari kawasan sebenar..lebih malang lagi, bola tu termasuk dalam beg kertas di tepi pokok (beg kertas yang ditinggalkan oleh penonton)..so macam mana si Ahmad tadi nk membuat pukulan tanpa mengalihkan beg kertas tersebut?





apa yang ahmad tu buat?mesti susahkan nak fikir..

caranya senang je, Ahmad mengeluarkan lighter dan bakar beg kertas tu..so, nanti yang tinggal hanya sebiji bola golf di tepi pokok..senang kan?

moral of story: berfikir secara kreatif..=)


Monday, March 8, 2010

cerita motivasi: Erti kepayahan untuk bermula



“Walau jauh mana keinginan kita untuk berjalan, tanpa redhaNya, kita tak akan mampu melangkah”

Adakah kita sudah bersedia jika kita bangun dari awal pagi, tiba-tiba kita diberitahu kita sudah koma selama 2 minggu, hilang keupayaan kaki, hilang mata pencarian dan hobi kesukaan anda?

abilities or disabilities

saya ada satu cerita untuk dikongsikan bersama.. Yuri, beliau bekerja sebagai mekanik sepenuh masa di sebuah workshop..gajinya cukup-cukup makan je untuk menyara keluarga..suatu hari, satu musibah melanda pada dirinya..

beliau koma selama 2 minggu..then bila tersedar, hanya baju labuh sahaja di badannya..hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan yang dialami..baru je terasa semalam dia sedang berlari-lari di taman, mungkin hari, hanya mampu melihat orang lain pula berlari-lari..

despite kehilangan kakinya, beliau tetap optimis dengan kebolehannya untuk membaiki kereta..sambil bergurau-gurau mengenai kakinya, beliau berkata

"I'll give them back their money if I cant find the broken part of their car,"



kebanyakan dari kita hanya memandang rendah kebolehan diri kita sendiri untuk mengharungi musibah..tapi kita tidak pernah untuk mengambil tahu rahsia kepayahan yang berjaya diharungi oleh orang kurang upaya..

adversity can make us become more stronger

learning from the struggles, and we can improve our lives...




Thursday, March 4, 2010

Doa Atasi Fobia dan Atasi Rasa Dada Berdebar-debar

hargai diri untuk menghadapi tekanan


hari ni, bertalu-talu tekanan diberikan..esok ada exam, plus tetiba bekalan air kat rumah takde tanpa notis ( sebab ada orang india sedang tengah repair something yang pelik di rooftop)..tension memang tension..

tapi takkan kita nak diri kita mudah mengalah dengan tension..betul tak..apa kata, kita bermain dengan tension tu..

contohnya, tekanan dengan exam sebab banyak benda belum dihafal..dari point tu, kita cabar diri kita, sebelum pukul 10 malam, semua subjek dah habis study, then kita janjikan reward untuk diri sendiri..mudahkan..
saya tengah cabar diri saya untuk habiskan semua chapter malam nie..pastu, the next day after tomorrow, bagi hadiah kat diri sendiri dengan gi jalan-jalan kat chennai (tempat kedutaan malaysia kat india)..

so, bila kita ada momentum dan ransangan, diri kita sendiri akan bertindak balas..
bila kita appreciate diri kita, then diri kita sendiri akan membalas jasa baik kita...

all is about "mind-set"..dulu, saya ada masuk acara merentas desa peringkat daerah..masa tu, ada 70 orang peserta, memang semua nampak ada bakat lebih dari saya sendiri..tapi, bakat je tak menjanjikan pulangan yang baik..mind-set juga penting..
apa yang saya buat, saya nak buktikan pada orang lain yang saya pun boleh.. dipendekkan cerita, masa dah berlari 5 km, tetiba badan saya jadi sangat penat sebab non-stop running, masa tu hanya tuhan je yang tahu betapa penatnya, alhamdulillah, dalam keadaan letih tu, saya berdoa sambil berkata-kata pada diri sendiri,
"terima kasih badan sebab bagi aku peluang untuk sampai ke tahap nie, terima kasih banyak-banyak..cuma tinggal 5km lagi sebelum sampai penamat"

secara tak sangka-sangka, dari tidak ada energy tetiba ada kudrat yang lebih kuat dalam diri untuk bersaing..akhirnya dapat juga menghabiskan pelumbaan 10 km.
penat memang terasa, tapi yang paling saya hargai, saya dalam no 22 daripada 70 org peserta..sangat menakjubkan..

so, saat ni, kita hargai diri sendiri,bersyukur dengan apa yang ada, insyaallah, bila jasad kita bersama-sama berusaha untuk cemerlang, dengan izin Allah, kita pasti dapat capai apa yang kita hajatkan..

p/s: mungkin time exam nanti, otak kita bagi 100% berfungsi, mana tau kan..hee

Wednesday, March 3, 2010

motivasi: to live freely



to life freely, we must liberate ourselves from negative thoughts..

dalam hidup ini, kita terlalu banyak memikirkan benda-benda negatif sampai ia menganggu pemikiran kita sendiri..contohnya, masa kita tengah alam belajar, sudah kemestian kita memikirkan yang utama pelajaran kita dahulu..tapi kebanyakan dari kita, hanya banyak memikirkan benda yang buruk, memberontak dan sebagainya..bagaimana diri nak maju jika kita sendiri yang taknak memajukan diri..

mungkin sekarang kita agak kebelakang dalam menguruskan hidup. tapi tidak mustahil jika kita mampu mengubah kehidupan kita bukan..inginkan hidup yang bahagia, kita mestilah yang pertama sekali, buang semua anggapan negatif dan pemikiran negatif sebab ia mampu menghancurkan kehidupan anda..=)

motivasi: momentum


setiap hari, kita ada impian, dan setiap harilah kita memerlukan satu "kejutan"..
impian ada tapi "tenaga penggerak" nye takde pun tak boleh juga..

tak lama lagi, exam saya bakal tiba..rasa nak study tu ada, tapi semangat untuk study tu takde..selalu kan situasi ini berlaku..

saya ada beberapa petua di sini untuk dapatkan momentum:

  1. berdoa kepada Nya..(pastikan doa anda specific tentang apa yang anda mahu, contohnya nak skor 80% markah exam)
  2. memaafkan semua kesalah orang pada kita 
  3. fikir sejenak selama 5 minit tentang misi hidup anda..fikirkan apa yang anda mahu kejar dalam hidup..apakah halangan-halangan yang bakal ditempuhi dan renungkan pros and cons..
  4. kemudian, tenangkan fikiran sambil tutup mata..bayangkan dalam minda, "aku boleh"
  5. dan tarik nafas panjang..
insyaallah, berkesan..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More