Wednesday, January 13, 2010

sikap menentukan kejayaan anda


entry kali ini,saya ingin berkongsi sedikit mengenai sikap..
mesti anda semua tahu bahawa sikap negatif tidak mungkin boleh membawa kejayaan mutlak..
tapi sikap negatif boleh berubah menjadi sikap positf..
contohnya:

kawan anda mengajak anda untuk berlumba motor dan anda menyahut cabaran tersebut..semasa race, tiba-tiba kawan anda tu kemalangan di depan mata anda..dan akhirnya kawan anda itu meninggal dunia kerana kecederaan teruk di kepala..masa tu, mesti timbul rasa keinsafan untuk berubah sikap, tidak mahu berlumba lagi..

dari kes di atas, kita dapat lihat, sikap sebenarnya boleh berubah dengan cepat tetapi cuma masa untuk berubah itu yang lama dan ia bergantung juga kepada diri anda sendiri untuk berusaha mengubah diri.

Allah s.w.t telah berfirman:
"tidak akan aku ubah nasub sesuatu kaum itu sehingga mereka ubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri"


masa yang diambil adalah untuk mengumpul keyakinan, kekuatan dan maklumat mengenai sikap yang ingin diubah..apabila ketiga-tiga ini mengambil masa yang cepat,maka masa yang diambil untuk berubah juga singkat..

lagi satu, untuk berubah sikap, pegangan negatif yang lama dalam diri juga perlu dibuang..ia juga mampu membantu anda untuk mempercepatkan proses perubahan sikap..

saya ada satu soalan untuk kita semua..kalo kita gagal dalam pelajaran, apa yang kita buat?

salah satu daripada jawapan kita beri mesti berkisar tentang sikap kan..
cuba tanya pada diri sendiri, apa yang perlu kita lakukan untuk berubah..tiada halangan lain selain diri kita sendiri..kalau dulu kita asyik banyak main, kita ubah sikap kita untuk jadi serius dalam pelajaran..
kalo kita tak ubah sikap kita, takkan kita mahu melihat kegagalan berlaku sekali lagi pada diri sendiri..
mungkin bukan sekarang anda gagal, tetapi alam pekerjaan akan datang bagaimana..

perubahan sikap perlu berlaku sekarang dan bukan bertangguh.. dan anda mesti yakin yang anda mampu untuk membuang sikap negatif dalam diri..

1 comments:

bagaimanakah utk mengekalkan semangat dlm diri....

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More