Share Motivasi 2012

Welcome to Share Motivasi

Peta perjalanan kehidupan manusia

http://www.sharemotivasi.com/2010/08/perjalanan-peta-hidup-manusia.html

http://www.facebook.com/sharemotivasi

Fans page Facebook Share Motivasi 2012

Kini di Share Motivasi

Share Motivasi 2012.

This is default featured post 5 title

Share Motivasi 2012

Wednesday, December 30, 2009

tiada tempat untuk bersedih


"there is no place for SADNESS if you have strength to accomplish all that you WANT in life"

bersedih??
jangan risau kerana ia adalah salah satu daripada sifat normal seorang manusia..
semua manusia pernah bersedih..
tetapi, yang abnormal ialah manusia tu tak mampu untuk mengawal kesedihan..
bila golongan ini bersedih, ibarat dunia ni menerkamnya dan gelap gelita lah masa hadapannya..

itu untuk golongan yang abnormal, tetapi golongan yang normal ialah manusia itu menerima peristiwa sedih dengan hati yang terbuka dan tidak terlalu mengikut perasaan sedih tersebut..

hidup kita di dunia ni hanya sekali, mengapa perlu kita hiasi dengan kesedihan.. betul tak?
tiada tempat bersedih di dalam kamus hidup kita..

walau apa pun kesudahan atau dugaan yang berlaku, ambil lah ia dalam sudut positif..
semua benda yang berlaku ada sebab nya..

kejayaan tidak datang bergolak.. setiap insan yang ingin berjaya pasti akan menghadapi dugaan..
dan dengan dugaan itu la yang membawa kita kearah yang cemerlang..=)

jika kita mempunyai kekuatan untuk melakukan apa jua kejayaan yang kita inginkan dalam hidup kita, nescaya tiada ruang untuk kesedihan untuk mendekati ke dalam hati kita..

failure in life


"failure in LIFE may come, but never ever GIVE up"

memang perit bila mengenal erti kegagalan..
apatah lagi jika berdepan dengan khalayak ramai..
namun, adakah anda ingin berasa "inferior" pada setiap waktu..
takut utk berjumpa dengan orang lain kerana atas dasar "GAGAL"

tidak dinafikan, sedih dan hampa akan timbul, tapi itu adalah normal..
dan yang abnormal akan berlaku jika kita gagal mengatasi kegagalan..

kenapa bila kita gagal, kita perlu kalah dan mengambil jalan belakang?
tidak perlu bukan..

apa yang telah berlaku biarkan ia berlalu..usah di kenang semula..
walau kita menangis berdarah sekali pun, ia tetap telah menjadi sejarah..

yang paling penting sekali ialah kita BANGKIT SEMULA..
jgn pernah kenal erti mengalah..

BE STRONG..

semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya,
dan orang-orang yg rugi ialah orang yg tidak mampu utk berfikir atau mencari hikmah disebalik kegagalan..

apa yang kita buat hari ini adalah untuk masa hadapan..=)

kata yang dilafazkan


"apabila kita melalu satu kehidupan, dugaan yg pertama akan dtg ialah bagaimana kita mempertahankan kata-kata yg telah kita lafazkan.."

kehidupan kita ini, terlalu byk janji-janji yg dicurahkan..sehinggakan kita sendiri tidak mampu utk melaksanakannya..

dalam hidup ini, kita akan menabur kata-kata semangat dan janji-janji..

contohnya, "kalo aku berjaya dalam exam ni, akan aku belajar lebih gigih lagi"

namun, selepas kita berjaya, adakah kita akan mengotakan janji-janji ini..
semua terpulang pada diri kita sendiri samada utk terus leka atau sebaliknya..

memang mudah untuk berkata-kata, tetapi cabarannya ialah bagaimana kita melaksanakan nya..

Monday, December 28, 2009

matlamat masih sama..


setiap hari yg berlalu, pasti ada suka dan duka..
dan itu lah yg dinamakan kehidupan..duka dan suka yg menjadikan hidup kita meriah..
tanpanya kita sunyi..

walau duka menanti kita, usah terlalu bersedih sebaliknya berdoalah kpd Nya agar diberikan petunjuk utk meneruskan kehidupan ini..

dan jika suka itu menjelma, jgn lah kita terlalu leka dgn kegembiraan atau kejayaan yg dikecapi kerana kelak ia mungkin memakan diri jika di salah guna..

sebaliknya, ttp kan lah pendirian anda..iaitu matlamat anda di sini..

your life's path may CHANGE, but your GOAL should always be the same..

remember that, what happen to you after this will not affected your goal, instead you change it into the positive site..

Saturday, December 26, 2009

reflection


sometime, kita dapat mendengar, org tu asyik dok mengata je padahal dia merupakan seorg yg soleh..

bak kata org, "mulut lazer"

petikan diatas adalah salah satu contoh yg kita dpt lihat di dunia skrg..

pernah dgr perkataaan "reflection"??

actually, our life is a REFLECTION of our attitudes..

jika attitudes kita sendiri kurang baik, sudah tentu kehidupan kita sendiri kurang baik juga..
oleh itu, jgn menyalahkan takdir jika kehidupan kita tidak seperti yg diharapkan krn salah satu faktor berlaku keadaan sedemikian adalah dari kesilapan diri kita sendiri..

tidak mungkin jika kita inginkan orang memandang mulia kpd diri kita sendiri tetapi kita sendiri mempunyai sahsiah diri yg kurang elok..

muhasabah diri merupakan salah satu cara utk kita mengatasi masalah ini.. setiap pagi selepas bangun dari tidur, kita biasakan diri utk melihat cermin..kemudian kita berkata-kata pada diri sendiri pada setiap pagi utk menjadi lebih baik pada hari ini daripada semalam..
amat lah rugi bagi mereka yg menjadikan hari nya lebih teruk drp semalam..


oleh itu, jom kita sama-sama berubah dan menjadikan diri kita lebih baik dan sentiasa dihormati org dan bukannya dipandang hina oleh masyarakat..=)

Wednesday, December 16, 2009

hati ini

Tuesday, December 15, 2009

self confidence


keyakinan diri??

apa ye..hurmm..mesti terbayang macam-macam benda yg terlintas dalam fikiran kita..

keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi..
keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh megendalikan kehidupannya dengan lebih baik serta segala cabaran yang dihadapi dangan jayanya.

kalau kita lihat didunia ini, mesti kita dapat lihat, kalo org yang berjaya mesti dan semestinya mempunyai keyakinan diri yang tinggi..

pernah dahulu sy melihat, seorg pemuda yang baru sahaja keluar dr pengajian agama pondok dan bekerja sebagai ustaz di kampung..gaji masa tu hanya RM300 sebulan..pastu bila sudah mempunyai calon isteri, ustaz nie dgn yakin mampu utk mendirikan rumah tangga dgn gaji bulanan yg tidak seberapa.. banyak cabaran yg diharungi oleh ustaz ni..skrg nie, manalah ada org tua yg mahukan kahwinkan anaknya utk hidup susah..namun, tidak lama selepas itu,
ustaz nie telah menceburi dalam bidang perniagaan dan berkat gaji bulanan dan keyakinan diri yg tinggi, beliau telah pun berjaya dalam hidup, jauh lebih baik dari org lain..

ada banyak lagi kisah yg boleh kita ikuti lagi, dan semestinya setiap pakar motivasi akan pasti berbicara tentang kayakinan diri kerana disebaliknya terdapat satu keajaiban..

"self-confidence enables YOU to take great undertakings in life"

ingat bahawa keyakinan diri mampu membawa anda utk bergerak dgn lebih berjaya..
jangan pernah letih dgn erti kegagalan, tetapi anggap lah ia sebagai 'pemangkin@ enzyme' dalam hidup anda utk menggapai apa yg anda idamkan..

semua yang ditakdirkan tidak sia-sia..
Allah maha mengetahui apa yg terbaik utk hambanya,
tidak mungkin Allah tidak mengetahui isi hati mu,
kerana Dia amat mengerti hatimu,
kesedihan hatimu mungkin membuatkan diri mu seperti tidak bermaya,
tetapi pernahkah dirimu terfikir,
dengan keadaan hatimu yg sebeginilah,
yg lebih mudah membawa anda utk lebih mendekati Nya..



kata hati insan


Dahulu hati ini sering tertanya-tanya,


Mengapakah ini jadinya,


Membisu,bercelaru,dan tidak menentu fikiranku,


Namun kini ku sedar,


Bahawa ini semua keajaiban dunia,


Yang bisa mengubah dunia ku,


Sungguh,ia tak pernah pun menerjah dlm benak ku,


Apatah lagi soal kematangan hidup,


Kadang kala aku terfikir,


Bagaimana agaknya jika tidak ku ditakdirkan begini,


Mesti lebih teruk jadinya,


Syukran...daku telah sedar dari lamunan dunia yang mengenelamkan ku,


Walaupun ia amat perit untuk dirasai,


Namun aku yakin dan percaya,


Suatu hari nanti,


Ia tetap milik ku........

Tuesday, December 8, 2009

kehidupan


sejak kita dilahirkan, pelbagai peristiwa sudah datang dan pergi.
ada antaranya yang amat menyedihkan malah ada juga peristiwa yang gembira.
semua itu adalah realiti kehidupan..

pernah dengar ungkapan ini tak?

"live and LEARN, not first learn and then LIVE"

kita hidup sambil belajar, dan bukan nya belajar dahulu baru boleh hidup

means, tak salah jika peristiwa atau dugaan yang berlaku itu berlaku kerana ia adalah salah satu keunikan yang ada dalam sebuah kehidupan..
guru yang paling baik ialah dugaan..bila kita telah berjaya menharungi sesuatu dugaan, insyaallah kita akan menjadi yang lebih baik daripada sekarang..

kadang-kadang, terfikir juga satu ayat nie,
"lawatan sambil belajar"

selalu di setiap sekolah akan mengadakan sesi ini..dan kenapa ia dipanggil "lawatan SAMBIL belajar"..
huhu..berkaitan bukan..

kita hidup adalah tidak lain adalah untuk belajar..
dalam islam, ayat pertama diturunkan ialah iqra'

so, jom kita sama-sama belajar dan teruskan berusaha untuk mempelajari sesuatu..
semakin banyak dugaan dan cabaran, semakin "upgrade" diri kita..

Sunday, December 6, 2009

Erti kegagalan

sering kita mendengar perkataan "kegagalan" di benak telinga kita..
namun, kegagalan bukan penamat bagi semua perkara,
walaupun pahit untuk ditelan, ia merupakan suatu sejarah yang amat bermakna jika kita pandai menggunakan "kegagalan" menjadi "kejayaan"

kegagalan ----> kejayaan yang sangat besar

bagaimana nk tukar kegagalan menjadi kejayaan??
mesti pelik bukan..
namun, pada hakikat nya, dalam setiap diri individu bernama manusia memiliki "seekor singa" yang mampu mengegar dunia, cuma ia perlu diketuk dengan sesuatu supaya ia mengaum..

sekiranya kita mendapat kegagalan, usah bersedih kerana masih ramai diluar sana lebih berat kegagalan yang dialami..

berfikiran positif selalu dan ingat, Allah swt tidak menurunkan sesuatu kepada hambanya yang luar dari kemampuan hambanya..ada HIKMAH disebalik kegagalan..

perancangan Allah swt lebih baik dari perancangan manusia..
mungkin,kegagalan yang kita hadapi sekarang adalah untuk menjadikan kita seorang manusia yang lebih baik, insyaallah..

WORRIES in life eat up your confidence and then comes failure as a RESULT...

kadang terlena



setiap hari,
aku bermimpi di waktu malam,
mainan ketika ku tidur di malam waktu,
tapi..
adakah hari keesokkan adalah mimpi bagi ku juga,
adakah ia hanya angan-angan duniawi yang tidak bererti?

"always move forward TOWARDS your dreams in life,
rather waiting for your DREAMS to come"

tidak indah bagi pagi seseorang jika ia hanya masih dalam mimpi indah bersama tidur nya,
tidak bermakna pagi seseorang yang tidur selepas subuhnya,

indah nya dunia ketika sang mentari muncul di langit,
hanya orang-orang yang bijak akan mengambil untungnya...

hari pertama

alhamdulillah..dengan izinNya, akhirnya..tercipta satu blog untuk motivasi..
semoga kita dapat iktibar dan kesan dalam diri untuk mengubah diri kita menjadi yang lebih baik..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More